Teman hidup? Cari sendiri kalau nak tahu - SonaOne

Gempak
Ogos 26, 2017 20:00 MYT
Sona atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach mengakui peminat sering bertanyakan kisah peribadinya namun dia enggan membuka mulut.
PENYANYI hip hop SonaOne mengakui tidak pernah berahsia tentang perihal peribadinya daripada pengetahuan peminat.
Kata penyanyi lagu Chentaku itu, dia tidak akan sesekali membuka mulut untuk bercerita tentang kisah peribadi namun menyerahkan kepada peminat setianya untuk mencari sendiri.
"Saya sedikit perahsia sebab saya tidak mahu memberikan keselesaan kepada orang ramai untuk menilai hidup seseorang.
"Memang tak betul untuk menilai kehidupan seseorang yang tidak dikenali dan mencari keburukan seseorang.
"Lebih baik jaga keluarga dan periuk nasi sendiri. Kalau saya tak kacau hidup orang dan tak ambil kisah tentang orang itu juga yang saya minta," katanya yang ditemui pada program temuduga terbuka Skim Latihan 1Malaysia peringkat zon selatan di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Bagaimanapun Sona atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach, 29, mengakui peminat sering bertanyakan kisah peribadinya namun dia enggan membuka mulut.
"Peminat sudah tentulah ada bertanya dengan siapa saya keluar dan adakah saya sudah ada teman hidup tetapi, kalau betul mereka peminat saya, mereka boleh mencari sendiri jawapan itu kalau mahu tahu," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Sona kini sedang dalam proses menyiapkan album terbaharunya yang akan dipasarkan menjelang awal tahun depan.
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: Joox
#berkahwin #buah hati #Chentaku #SonaOne
;