Tema baju tidur sempena malam berinai Shuib-Siti Sarah meriah

Gempak
Februari 26, 2017 08:00 MYT
Antara aksi Shuib dan Siti Sarah sempena malam berinai. - Foto Astro Gempak
PASANGAN Shuib dan Siti Sarah diraikan dalam sebuah majlis malam berinai di kediamannya terletak di Puchong, malam semalam.
Majlis malam berinai itu diadakan dengan penuh meriah bertemakan baju tidur.
Bukan sahaja Shuib dan Siti Sarah sahaja yang memakai baju bertemakan baju tidur, malah tetamu yang hadir turut memeriahkan majlis dengan mengikut tema pada malam itu.
Rakan artis turut memeriahkan majlis malam berinai mereka iaitu Ozyln Wati, Fasha Sandha, Mark Adam dan ramai lagi.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis persandingan mereka hari ini di Bora Ombak, Putrajaya.
Shuib dan Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011 dan majlis persandingan serta resepsi itu akan dibuat pada tarikh yang sama bersempena meraikan ulang tahun ke-6 perkahwinan mereka.
Berikut merupakan foto-foto di sekitar majlis malam berinai:
#malam berinai #selebriti #Shuib #Siti Sarah
;