Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen

Gempak
Oktober 5, 2024 18:43 MYT
Bagi Syafiq, penerimaan penonton terhadap karyanya adalah lebih penting daripada anugerah. Beliau berharap filem ini dapat diterima ramai dan membantu mengembangkan ekonomi industri filem. -Gempak
SELEPAS kejayaan filem Sheriff, pengarah Syafiq Yusof muncul dengan karya sains fiksyen terbaharu bertajuk Telekinesis mengambil referensi daripada naskhah antarabangsa terkenal Twilight.

Ringkasan AI
  • Telekinesis adalah karya sains fiksyen yang segar dan merupakan percubaan berani dalam industri perfileman Malaysia, mengambil inspirasi daripada naskhah antarabangsa terkenal, Twilight.
  • Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia. Beliau berterima kasih kepada Finas atas sokongan dan dana yang membolehkannya bereksperimentasi.
  • Bagi Syafiq, penerimaan penonton terhadap karyanya adalah lebih penting daripada anugerah. Beliau berharap filem ini dapat diterima ramai dan membantu mengembangkan ekonomi industri filem.
  • Filem ini akan ditayangkan secara eksklusif di Astro First mulai 10 Oktober 2024.

Genre 'fresh'
Menurutnya, Telekinesis adalah karya yang sangat segar dari segi genre dan merupakan percubaan berani dalam industri perfileman Malaysia.
“Ini karya ketiga saya di Astro First, ia sangat fresh dari segi genre, saya boleh katakan ini merupakan satu eksperimentasi saya dalam industri filem Malaysia kerana ia merupakan genre sains fiksyen.
“Bagi saya tidak salah untuk cuba mewarnai lagi industri perfileman di Malaysia ini.
“Sebelum ini saya sudah banyak buat filem seperti aksi, komedi, thriller, sci-fi ada juga sekali filem sains fiksyen juga, Desolasi.
"Jadi, walaupun, genre ini juga susah untuk ‘jalan’ di Malaysia ini, bagi saya sebagai pembikin filem, perlu ada keberanian untuk melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain,” ujarnya secara eksklusif ketika ditemui Gempak.
Syafiq turut berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) atas sokongan dan dana yang membolehkannya bereksperimentasi dengan karya ini.
Sementara itu, bagi Syafiq, pengiktirafan atau anugerah bukanlah matlamat utamanya, tetapi penerimaan penonton terhadap karyanya yang lebih penting.
"Itu (anugerah) bukan matlamat utama saya, bagi saya sekiranya filem itu diterima ramai dan menerima sambutan baik lagi bagus.
“Kalau filem tak laku dapat banyak anugerah ia tidak mengembangkan ekonomi. Anugerah itu untuk satu orang sahaja.
“Sebagai pengarah saya rasa perlu fikir juga tentang ekonomi industri filem, Bukan diri kita sahaja tetapi untuk semua orang di belakang tabir yang berusaha untuk menghasilkan filem kita.
“Jadi saya harap karya ini dapat diterima ramai," tambahnya.
Filem Telekinesis akan ditayangkan secara eksklusif di Astro First mulai 10 Oktober 2024 dan dibintangi oleh pelakon seperti Yusuf Bahrin, Beto Kusyairi, dan Aman Graseka.
Sewa di Astro First saluran 480, On Demand Store, atau di Sooka. -Gempak
#Astro #Syafiq Yusof #industri perfileman Malaysia #Telekinesis
;