Teka-teki terjawab! BLACKPINK, Selena Gomez pilih 'Ice Cream' sebagai judul lagu

Isabelle Leong
Ogos 21, 2020 00:03 MYT
Menerusi poster yang disertakan dengan ciapan tersebut, "Ice Cream" dipilih sebagai tajuk lagu yang bakal dikeluarkan pada 28 Ogos ini. - Twitter/BLACKPINKOFFICIAL
SUSULAN kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK dan penyanyi pop Selena Gomez mengumumkan kolaborasi mereka pada 12 Ogos lalu, peminat-peminat mereka tentunya teruja menanti-nantikan tajuk lagu tersebut.
Penantian sudah berakhir!
BLACKPINK, menerusi satu entri di akaun Twitter rasmi mereka, mengumumkan tajuk lagu baharu berkenaan pada Jumaat.
Menerusi poster yang disertakan dengan ciapan tersebut, “Ice Cream” dipilih sebagai tajuk lagu yang bakal dikeluarkan pada 28 Ogos ini.

#BLACKPINK # #SelenaGomez # #IceCream #NewSingle #TitlePoster #20200828_12amEST #20200828_1pmKST #Release #YG pic.twitter.com/jbaVafNpcw

— BLACKPINKOFFICIAL (@BLACKPINK) August 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, penyanyi “Lose You To Love Me” juga memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram peribadinya dengan kapsyen “"Ice Cream @blackpinkofficial SELPINK IN YOUR AREA soon... August 28."
Sebelum ini, BLINKs (nama fandom BLACKPINK) membuat spekulasi bahawa tajuk lagu hasil kolaborasi gadis-gadis jelita ialah Ice Cream.
BACA: Blinks, bersedia! Album penuh Blackpink menjengah ke pasaran Oktober ini
Ini kerana BLINKs teringat akan gambar-gambar yang dikongsikan kuartet BLACKPINK di laman Instagram beberapa minggu yang lalu.
BLACKPINK sebelum ini pernah menjalinkan kolaborasi bersama Dua Lipa menerusi lagu Kiss and Makeup dan juga Lady Gaga dengan lagu Sour Candy.
Adakah BLINKs dan Selenators sudah bersedia untuk bertemu Selpink in your area?
Kongsikan keterujaan anda bersama-sama kami!
#BLACKPINK #Ice Cream #lagu baharu #Selena Gomez #Selpink in your area
;