Teguran terbuka Liza Hanim: "Jagalah kehormatan kita sebagai wanita''
Mingguan Wanita
Februari 22, 2022 14:24 MYT
Februari 22, 2022 14:24 MYT
TEGURAN terbuka Liza Hanim terhadap usahawan kontroversi menjadi perhatian ramai terutamanya para netizen di media sosial.
Seperti mana yang umum ketahui, sebelum ini telah tular video tindakan seorang usahawan kontroversi yang bertindak menyusukan anak di tempat awam secara terbuka.
Liza yang juga penyanyi lagu Andai Aku Bersuara serta ibu kepada lima orang anak itu menerusi hantaran di akaun rasmi Instagramnya telah menyuarakan pendapat tersendiri tentang isu tersebut.
“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini, ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak depan khalayak ramai dan ambil gambar.
“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, saya sepenuhnya menyokong usahawan ini dalam breastfeeding journey (kisah penyusuan badannya).
“Namun, sebagai seorang saudara dalam Islam, saya juga mohon tolonglah jaga adab ketika menyusu di khalayak ramai.
Aurat harus dijaga
“Saya sendiri pernah susukan anak di mana-mana sahaja. Malah pernah satu ketika di tepi jalan di bandar Seoul, Korea dan saya juga merakamkan gambar.
“Tetapi ingatlah, kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga. Ini bukan masalah saya berhijab dan dia free hair (tidak bertudung). Cukuplah jaga kehormatan kita sebagai wanita Islam dan ibu.
“Jagalah kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. Saya bersuara untuk mengingatkan diri sendiri juga,” luah Liza Hanim.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Majalah Wanita