Ted Lasso menang besar di Anugerah Emmy 2022

Faida Rahim
September 14, 2022 12:15 MYT
Ini merupakan kemenangan kedua bagi Ted Lasso selepas menang dalam kategori sama pada tahun lalu. -AP
LOS ANGELES: Anugerah Emmy 2022 menyaksikan drama komedi bersiri sukan, Ted Lasso untuk siaran Apple TV+ menang besar di malam kemuncak yang berlangsung di Microsoft Theatre, semalam.
Drama Ted Lasso lakonan Jason Sudeikis, Bill Lawrence, Brendan Hunt dan Joe Kelly ini turut meraih empat trofi termasuk Siri Komedi Terbaik, Pengarah Siri Terbaik (MJ Delaney), Pelakon Terbaik Komedi (Jason Sudeikis), dan Pelakon Pembantu Siri Komedi (Brett Goldstein).
Ini merupakan kemenangan kedua bagi Ted Lasso selepas menang dalam kategori sama pada tahun lalu.
Pelakon jelita Zendaya muncul sebagai pelakon wanita terbaik menerusi Euphoria manakala Julia Garner meraih trofi Pelakon Pembantu Terbaik menerusi Ozark.
Drama Succession ciptaan Jesse Armstrong dinobatkan sebagai Siri Drama Terbaik, The White Lotus (Siri Pendek Terbaik), manakala Penulisan Terbaik Dalam Siri Drama turut dimenangi Armstrong menerusi Succession.
Anugerah Emmy 2022 menampilkan Kenan Thompson sebagai pengacara utama dan turut dihadiri oleh ramai selebriti antaranya Micheal Keaton, Lizzo, Amanda Seyfried dan ramai lagi.
Senarai pemenang di Anugerah Emmy 2022
Pelakon Wanita Siri Komedi Terbaik
Jean Smart - Hacks
Pelakon Lelaki Terbaik Siri Komedi
Jason Sudeikis - Ted Lasso
Siri Komedi Terbaik
Ted Lasso
Pelakon Lelaki Siri Antologi/ Filem Terbaik
Micheal Keaton- Dopesick
Pelakon Wanita Siri Antologi/Filem Terbaik
Amanda Seyfried - The Dropout
Pelakon Wanita Terbaik Siri Drama
Zendaya - Euphoria
Pelakon Lelaki Terbaik Siri Drama
Lee Jung Jae - Squid Game
Siri Drama Terbaik
Succession
Pelakon Lelaki Tambahan Terbaik Siri Drama
Brett Goldstein - Ted Lasso
Pelakon Wanita Tambahan Terbaik Siri Drama
Sheryl Lee Ralph - Abbott Elementary
Pelakon Undangan Lelaki Siri Drama
Colman Domingo - Euphoria
Pelakon Undangan Wanita Siri Drama
Lee You-mi - Squid Game
Pengarah Drama Siri Terbaik
Hwang Dong-hyuk - Squid Game
#Ted Lasso #Anugerah Emmy 2022 #Los Angeles #Microsoft Theatre
;