Teater 'Kena Main' celikkan masyarakat

Astro Awani
Mac 20, 2015 08:00 MYT
Pementasan teater ini bakal berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya pada 27 Mac ini sehingga 5 April depan. - Foto Astro AWANI
'Kena Main' adalah sebuah penceritaan mengenai sekumpulan orang buta yang dalam usaha untuk mencari mata pencarian mereka dengan bermain muzik.
Menurut pengarahnya Khalid Salleh, masyarakat hari ini walaupun tidak buta mata, namun ramai yang buta seni walaupun sebenarnya seni itu melunakkan jiwa perasaan seorang manusia.
Pun begitu menjadi persoalan juga adakah naskhah yang berusia 30 tahun ini masih relevan dalam konteks masyarakat semasa dan adakah ia perlu dikongsikan bersama khalayak?
Pementasan teater ini bakal berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya pada 27 Mac ini sehingga 5 April depan.
Ikuti kupasan mendalam bersama hos Dzulfitri Yusop dalam Agenda AWANI bersama tiga anggota panel iaitu Pengarah dan Penulis 'Kena Main' Khalid Salleh, Aida Othman, dan Eman Manan mengenai bagaimana naskhah 'Kena Main' ini membuka perspektif yang lebih luas lagi.
#Aida Othman #Eman Manan #Kena Main #Khalid Salleh
;