Teater "Asmara Songsang" mahu basmi gejala LGBT

Astro Awani
Februari 14, 2013 07:41 MYT
Gejala homoseksual atau LGBT yang semakin menular membawa kepada pementasan teater muzikal "Asmara Songsang".
Tidak bertujuan mencipta kontroversi, sebaliknya paparan itu bertujuan membasmi budaya tersebut.
"Asmara Songsang" mengisahkan golongan LGBT yang menuntut hak supaya kerajaan menghalalkan pergerakan mereka.
Antara pelakon yang bakal menjayakannya termasuk Kamal Adli, Radhi Khalid, Julia Ziegler dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Bakal dipentaskan di Istana Budaya, teater ini mendapat kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Pihak produksi menolak jika pementasan ini mempunyai kaitan dengan mana-mana individu mahupun bermotifkan politik.
Selain Rahman Adam selaku pengarah, teater ini dijayakan Pak Ngah sebagai pengarah muzik dan Lokman Ghani selaku pengarah seni.
"Asmara Songsang" dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac depan.
#Asmara Songsang #gejala homoseksual #Istana Budaya #LGBT
;