Taylor Swift tunai impian pesakit kanser
Kohilah Sekaran
Disember 20, 2015 12:09 MYT
Disember 20, 2015 12:09 MYT
Penyanyi Pop Hollywood, Taylor Swift telah menunaikan impian peminatnya, Delaney Clements yang menghidapi penyakit kanser.
Nyata ini bukan kali pertama Taylor bertindak sedemikian kerana beliau sering dilihat menjalinkan hubungan yang baik dengan peminat-peminatnya.
Menurut laporan Elite Daily, impian Delaney menjadi kenyataan apabila Taylor bertemu dengannya di Colorado, hari ini.
Difahamkan, Taylor telah meluangkan sama bersama Delaney serta keluarganya.
Penyanyi berusia 26 tahun itu berkongsi detik-detik manis di laman Istagramnya dengan memuat naik beberapa gambar beliau bersama Delaney.
Susulan itu, rata-rata peminat memuji tindakan Taylor sambil menyifatnya sebagai seorang yang penyayang.
Delaney didiagnos dengan kanser neuroblastoma, tahap 4 pada usia 7 tahun.
Tetapi malangnya, walaupun telah menjalani rawatan bagi beberapa tahun, kesihatannya semakin merosot.
Sebelum ini, ibu Delaney, Wendy Campbel mengumumkan menerusi laman Facebook beliau bahawa kanser anaknya itu telah merebak ke bahagian otak.
Menurut Wendy, pada masa ini, matlamat keluarganya adalah untuk menjaga Delaney sebaik mungkin serta memastikan dia sentiasa gembira dan ceria.
Dalam usaha itu, keluarga Delaney berusaha untuk mendapatkan idola Delaney, Taylor untuk bertemu dengannya.
Susulan itu, hashtag #TaylorMeetDelaney dan #Delaney MeetTaylor mula trending di media sosial.
Oleh kerana perkara ini mendapat perhatian, rata-rata netizen meminta Taylor untuk bertemu Delaney yang sedang bertarung nyawa dengan kanser.
##TaylorMeetDelaney
#Delaney Clements
#kanser neuroblastoma
#peminat
#penyanyi
#Taylor Swift
#Wendy Campbel