Taylor Swift sebagai duta Coca Cola
Astro Awani
Januari 30, 2013 11:15 MYT
Januari 30, 2013 11:15 MYT
Bulan lalu, Pepsi mengumumkan Beyonce sebagai duta rasmi.
Pesaing mereka, Coca Cola pula dilaporkan bakal melantik Taylor Swift untuk mempromosikan diet coke.
Walaupun masih belum dipastikan bagaimana kempen promosi akan dijalankan, penyanyi itu bakal menjayakan produk itu dalam iklan selama 30 saat.
Namun, jurucakap Coca Cola mengesahkan Swift tidak akan terlibat untuk kempen Super Bowl kerana dikatakan kurang berpengaruh berbanding Beyonce namun kejayaan Swift sebagai bintang muda tidak dinafikan.
Penyanyi country itu tersenarai sebagai 40 selebriti berpendapatan tertinggi mengatasi Adele dan Lady Gaga dengan kutipan 35 juta dolar Amerika.
Dicalonkan sebanyak 15 kali dan memenangi 6 trofi Grammy, Swift juga merupakan wajah jenama kosmetik Cover Girl dan Sony.