Taylor Swift disaman kerana didakwa plagiat lirik lagu 'Shake It Off'

Kohilah Sekaran
November 3, 2015 17:51 MYT
Penyanyi Pop terkenal, Taylor Swift disaman selepas didakwa memplagiat lirik lagu popularnya iaitu Shake It Off daripada seorang penyanyi R&B, Jesse Braham.
Penyanyi Pop terkenal, Taylor Swift disaman selepas didakwa memplagiat lirik lagu popularnya iaitu Shake It Off daripada seorang penyanyi R&B, Jesse Braham.
Portal E! Online melapor Jesse mendakwa Taylor telah memplagiat lirik daripada lagu ciptaannya berjudul Haters Gonna Hate yang ditulis pada 2013.
Jesse mendakwa korus lagu “Cause the players gonna play, play, play, play, play, And the haters gonna hate, hate, hate, hate,” telah ditiru daripada lagu ciptaannya, Haters gonna hate yang mengandungi lirik ‘haters gonna hate/players gonna play.’
Sebagai pampasan, Jesse meminta RM168 juta (USD$42 juta) sebagai ganti rugi selain namanya diiktiraf sebagai penulis bersama lagu tersebut.
E! Online bagaimanapun berkata, lagu Jesse haters gonna hate tidak langsung meyerupai lagu Taylor, Shake It Off.
Namun, menurut BBC News, masih belum ada sebarang reaksi daripada jurucakap Taylor Swift.
Lagu berkenaan adalah single pertama Taylor menerusi album 1989 yang dilancarkan pada tahun lalu.
Lagu Shake It Off turut berjaya menduduki tangga pertama carta Billboard 100 dan menjadi antara karya popular penyanyi itu.
#penyanyi #plagiat #Taylor Swift
;