Tayangan perdana 'The Journey' di Eropah

Astro Awani
April 21, 2014 04:33 MYT
Filem Malaysia paling laris The Journey bakal menjadi wakil tunggal negara untuk mengambil bahagian di Festival Filem Udine Far East ke-16 (FEFF) di Udine, Itali dari 25 April hingga 3 Mei.
"Kami amat berbesar hati bahawa The Journey akan membuat tayangan perdana di Eropah di FEFF. Saya gembira The Journey menjadi satu-satunya filem Malaysia yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam festival filem berprestij ini. Saya percaya nilai-nilai filem - cinta, ikatan keluarga, ketaatan kepada ibu bapa dan kepelbagaian budaya - dekat dihati peminat filem di Eropah," kata pengarah filem itu Chiu Keng Guan.
FEFF ke-16 ini akan tayang 60 filem paling laris dari negara-negara Asia seperti Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Filipina.
Chiu juga berharap untuk bertukar idea tentang pembikinan filem dengan pengarah lain di FEFF.
Filem Malaysia paling laris The Journey bakal menjadi wakil tunggal negara untuk mengambil bahagian di Festival Filem Udine Far East ke-16 (FEFF) di Udine, Itali dari 25 April hingga 3 Mei.
Selain Itali, The Journey juga akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Beijing yang sedang berlangsung sehingga 24 April.
The Journey dibintangi Ben Andrew Pfeiffer, Frankie Lee dan Joanne Yew, dan diangkat sebagai filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan setelah mengutip RM17.28 juta dalam tempoh 56 hari dari tarikh tanyangan perdana.
Filem ini ditayangkan di Malaysia dan Singapura pada 30 Januari dan 20 Mac 2014 dan mempunyai bakal ditayangkan di Taiwan pada tahun ini.
#The Journey