Tayangan "Iron Man 3" di UK ditunda
Astro Awani
April 18, 2013 12:28 MYT
April 18, 2013 12:28 MYT
Filem “Iron Man 3” yang sepatutnya menemui peminat mulai 18 April di United Kingdom ditunda bagi menghormati upacara pengkebumian Margaret Thatcher.
Walaupun menjadi antara filem yang dinanti-nantikan Walt Disney Studios menyifatkan keputusan itu sebagai tindakan yang tepat.
Selain atas dasar sensitiviti, upacara pengkebumian bekas Perdana Menteri Britaiin itu dijangka bakal menyebabkan kesesakan jalan raya.
Tayangan perdana “Iron Man 3” yang berlansung di Leicester Square, London juga ditunda dari Rabu kepada Khamis.
Dengan kehadiran pelakon utama seperti Robert Downey Jr. dan Gwyneth Paltrow.
Thatcher meninggal dunia pada usia 87 tahun selepas diserang strok pada 8 April lalu.