TAYANGAN filem Disney, Beauty and the Beast di Malaysia terpaksa ditangguhkan selepas filem itu mengundang kontroversi atas beberapa sebab termasuk penampilan watak ‘homoseksual’.
Filem Disney itu telah ditarik keluar dari senarai tayangan di semua pawagam di Malaysia sejak semalam.
Menurut sumber, penarikan keluar penayangan terpaksa dilakukan secara berperingkat.
Beauty and The Beast dijadualkan mula ditayangkan pada Khamis ini.
Tarikh penayangan baharu bergantung kepada keputusan siasatan dalaman oleh The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd.
Diadaptasi dari filem animasi tahun 1991, filem terbaharu ini berkisarkan kisah seorang wanita yang cantik dan gemar berdikari, Belle yang ditawan oleh si hodoh, Beast di sebuah istana.
Ia juga menampilkan barisan pelakon seperti Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.
Filem ini telah mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon berkata kepada majalah Attitude bahawa watak Le Fou, yang dimainkan oleh Josh Gad, diberi "moment gay yang eksklusif" dalam filem itu.
Wakil dari Buena Vista Tristar Columbia Tristar Films Malaysia Sdn Bhd, pengedar serantau filem Disney di Malaysia ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara ini.
Namun, ujar beliau, peminat cereka aksi hidup ini boleh melawat laman Facebook pawagam-pawagam utama untuk perkembangan terkini.
Sementara itu, menerusi laman Facebook, TGV Cinemas meminta pelanggannya untuk mendapatkan kembali wang tiket mereka menerusi saluran di atas talian ataupun di kaunter-kaunter pawagam.
Kohilah Sekaran
Mon Mar 13 2017
![Tayangan filem 'Beauty and the Beast' di Malaysia ditangguh Tayangan filem 'Beauty and the Beast' di Malaysia ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485875301_BeautyandtheBeast.jpg)
Tayangan filem Disney, Beauty and the Beast di Malaysia terpaksa ditangguhkan selepas filem itu mengundang kontroversi.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
!['Beauty and the Beast' berjaya kumpul kutipan sebanyak AS$1 bilion 'Beauty and the Beast' berjaya kumpul kutipan sebanyak AS$1 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489549442_beautyandthebeast.jpg)
'Beauty and the Beast' berjaya kumpul kutipan sebanyak AS$1 bilion
'Beauty and the Beast' disenaraikan sebagai filem muzikal paling laris dan berjaya mengatasi kutipan 'Grease' dan 'Chicago'.
![Beauty And The Beast: JKRF lulus tayangan tanpa potongan, bukan LPF - KDN Beauty And The Beast: JKRF lulus tayangan tanpa potongan, bukan LPF - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490336853_BeautyBeast.jpg)
Beauty And The Beast: JKRF lulus tayangan tanpa potongan, bukan LPF - KDN
KDN dalam kenyataan hari ini menjelaskan JKRF ialah sebuah jawatankuasa yang bebas daripada LPF yang ditubuhkan berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 dan tidak terikat dengan keputusan LPF.
![Power Rangers gagal atasi kutipan Beauty and the Beast Power Rangers gagal atasi kutipan Beauty and the Beast](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61490595309_beautynpowerrangers.jpg)
Power Rangers gagal atasi kutipan Beauty and the Beast
Jumlah kutipan Power Rangers jauh ditinggalkan filem adaptasi Beauty and the Beast.
![6 perkara anda perlu tahu mengenai filem asal 'Beauty and the Beast' 6 perkara anda perlu tahu mengenai filem asal 'Beauty and the Beast'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490336853_BeautyBeast.jpg)
6 perkara anda perlu tahu mengenai filem asal 'Beauty and the Beast'
Berikut adalah 6 perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai filem asal 'Beauty and the Beast'.
![Beauty and the Beast: Rani Kulup, dua lagi NGO buat laporan polis Beauty and the Beast: Rani Kulup, dua lagi NGO buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51490341776_BeautyBeast.jpg)
Beauty and the Beast: Rani Kulup, dua lagi NGO buat laporan polis
Abdul Rani Kulup berkata, tayangan filem itu bertentangan dengan nilai budaya dan agama yang diamalkan masyarakat negara ini.
![Beauty and the Beast mula ditayangkan 30 Mac, tiada suntingan Beauty and the Beast mula ditayangkan 30 Mac, tiada suntingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489549442_beautyandthebeast.jpg)
Beauty and the Beast mula ditayangkan 30 Mac, tiada suntingan
Menurut satu kemas kini status di akaun Facebook rasmi rangkaian pawagam GSC, mengesahkan ia akan mula ditayangkan pada 30 Mac ini.
![Beauty and the Beast diramal pecah rekod tayangan minggu pertama dengan kutipan tertinggi Beauty and the Beast diramal pecah rekod tayangan minggu pertama dengan kutipan tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41489418897_950x600.jpg)
Beauty and the Beast diramal pecah rekod tayangan minggu pertama dengan kutipan tertinggi
Pemerhati filem antarabangsa meramalkan filem tersebut akan mencecah kutipan sekitar AS$170 juta menjelang pagi Isnin.
![Beauty and the Beast tidak diizin siar jika adegan gay tidak ditapis - Nur Jazlan Beauty and the Beast tidak diizin siar jika adegan gay tidak ditapis - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485875301_BeautyandtheBeast.jpg)
Beauty and the Beast tidak diizin siar jika adegan gay tidak ditapis - Nur Jazlan
Kerajaan tetap tidak akan membenarkan tayangan filem Beauty and the Beast jika Walt Disney enggan menapis adegan gay seperti yang dicadangkan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
![Disney enggan sunting filem Beauty and the Beast, tarikh tayangan belum pasti Disney enggan sunting filem Beauty and the Beast, tarikh tayangan belum pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489549442_beautyandthebeast.jpg)
Disney enggan sunting filem Beauty and the Beast, tarikh tayangan belum pasti
Disney mengambil keputusan untuk menangguhkan tayangan itu ke satu tarikh yang belum ditetapkan, namun tidak akan membuat sebarang suntingan.
![Wang tiket filem 'Beauty and the Beast' akan dikembalikan Wang tiket filem 'Beauty and the Beast' akan dikembalikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41489418897_950x600.jpg)
Wang tiket filem 'Beauty and the Beast' akan dikembalikan
Pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas meminta pelanggannya yang sudah membeli tiket filem 'Beauty and The Beast 'untuk mendapatkan kembali wang mereka susulan pengumuman penangguhan.