Tawan Gunung Annapurna Nepal, Nabila Huda dera emosi sendiri

Gempak
Oktober 9, 2017 22:00 MYT
Nabila Huda berbangga dengan diri sendiri kerana berjaya sampai ke destinasi pendakiannya. - Foto: Instagram: @kupu_kupu
PELAKON Nabila Huda berkongsi pengalaman mendera emosi sendiri ketika dalam proses menawan Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Gunung Annapurna, Nepal.
Aktres yang mesra disapa sebagai Abil itu menjalankan aktiviti lasak tersebut pada awal September lalu.
"Menawan ABC menjadi pengalaman yang baru dan berbeza buat saya. Saya sendiri keliru mengapa saya menjadikan aktiviti pendakian tersebut sebagai salah satu 'wishlist'.
"Sebelum ini, saya tidak pernah melakukan sebarang aktiviti sedemikian. Sebelum bertolak ke sana pun saya tak sempat nak berlatih kerana sibuk dengan penggambaran drama bersiri Dendam Aurora.
"Proses pendakian membuatkan saya terdera emosi dan fizikal. Saya hampir berputus asa kerana perjalanan mendaki sangat memenatkan," katanya.
Berjaya menghabiskan pendakian, Abil berbangga dengan diri sendiri kerana tidak mengalah.
"Biarpun saya rasa saya mendera emosi dan fizikal sendiri, saya tetap membulatkan tekad dan tidak mahu mengalah. Syukur kerana akhirnya saya berjaya menyudahkan 'wishlist' saya. Saya gembira kerana tidak cepat mengalah," katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo, di MBO The Starling, Damansara, baru-baru ini.
Membawakan watak sebagai seorang wartawan bernama Wan Suraya, filem adaptasi karya novelis thriller nombor 1 Malaysia, Tombiruo akan ditayangkan pawagam bermula 12 Oktober ini.
Filem Tombiruo membariskan Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Atu Zero, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa dan ramai lagi.
#Annapurna #filem #gunung #Nabila Huda #Nepal #Tombiruo
;