Tasha Shilla alami kemurungan?
Gempak
Oktober 26, 2018 16:00 MYT
Oktober 26, 2018 16:00 MYT
Pelakon Tasha Shilla mendedahkan dia telah mengalami masalah depresi selama dua tahun.
Kata Tasha, 31 tahun, di sebalik senyumannya, dia sebenarnya menderita tekanan emosi dan kesukaran untuk tidur ekoran masalah terbabit.
"Selama dua tahun saya berdepan depresi disebabkan pelbagai keadaan, hidup saya menyakitkan dan sangat tertekan.
"Orang nampak saya tersenyum dan ketawa tetapi sejujurnya emosi dalaman yang telah mengawal hidup saya.
"Saya tidak boleh menjelaskan bagaimana rasanya, tetapi saya rasa penat, lost dan confused.
"Pada sebelah malam pula saya tidak boleh tidur, ada masanya saya tidak mahu keluar rumah dan ada masanya juga perasaan panik akan mengawal diri saya," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram.
Bagaimanapun, Tasha telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan daripada pihak yang berwajib.
"Alhamdulillah, semuanya telah berubah! Dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan saya sudah boleh berkongsi segalanya kepada semua.
"Saya kembali berani untuk bercakap tentang masa silam dan tidak lagi kesunyian," tambahnya.
Tasha juga berpesan kepada orang ramai agar berani untuk berkongsi masalah dan kisah silam untuk meneruskan kehidupan seharian.
Sebelum ini, beberapa selebriti popular antaranya Haqiem Rusli, Daiyan Trisha dan Elizabeth Tan mendedahkan pernah mengalami depresi.
#Daiyan Trisha
#Elizabeth Tan
#emosi
#Haqiem Rusli
#Instagram
#keluarga
#Kemurungan
#selebriti
#Tasha Shilla