Tasha Shilla akui masih berimej seksi

Sinar Harian
Mei 6, 2018 13:31 MYT
Tasha, atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 31 tahun, berkata, dia tetap menjadi diri sendiri. - Foto Instagram / @tashashilla
AKTRES sensasi, Tasha Shilla mengakui masih lagi berimej seksi dan belum pernah lagi mengeluarkan kenyataan akan berpakaian sopan.
Tasha, atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 31 tahun, berkata, dia tetap menjadi diri sendiri.
"Saya masih lagi pakai seksi dan tak pernah lagi mengeluarkan kenyataan akan berpakaian sopan.
"Saya tahu diri saya macam mana dan ini antara saya dengan Tuhan. Saya tetap sama.
"Kalau pergi pantai saya rasa nak pakai skirt pendek saya pakai, macam itu juga kalau pergi gim.
"Terima kasih buat yang boleh menerima diri saya seadanya, kalau tak boleh nak buat macam mana, yang penting kita tahu siapa diri kita," ujar Tasha tersenyum.
Dalam perkembangan lain, Tasha turut akan kekalkan imej seksinya dalam drama bersiri 30 episod Air Mata Syurga terbitan Darkwave Pictures.
Menerusi drama terbaru itu nanti, bekas finalis Dewi Remaja 2005/2006 itu akan memainkan dua watak berbeza sebagai Tasha dan Fasha.
"Ketika ditawarkan untuk berlakon dalam drama ini saya terlebih dahulu selepas membaca sinopsis Air Mata Syurga, saya buat panggilan terus kepada penulis skrip untuk tahu apa yang digambarkannya untuk watak ini.
"Sebab dua watak berbeza untuk dilakonkan telah lama saya nantikan.
"Antara cabaran untuk 30 episod ini saya memerlukan persiapan tenaga dan mental yang kuat.
"Jadi, untuk itu saya ada ambil kelas bersama Fatimah Abu Bakar selama seminggu dan alhamdulillah ia membantu.
"Selain itu juga, tak lupa juga kak Elly Suriaty dan pelakon-pelakon lama yang banyak membantu saya dalam menghidupkan watak ini," ujarnya.
#imej seksi #Natasha Sheila Abdul Razak #pakaian sopan #Tasha Shilla
;