Tasha Shila mohon maaf atas tanda salib
Astro Awani
Oktober 24, 2012 15:32 MYT
Oktober 24, 2012 15:32 MYT
Pelakon Tasha Shila memohon maaf kepada pihak yang tersinggung selepas gaun dipakai oleh beliau seakan menampakkan lambang salib.
Gaun labuh berwarna putih rekaan Hazwani Osman terdapat garis merah melintang dan menegak seolah-olah tanda salib di bahagian depan baju.
Garisan menegak itu terhasil secara tidak sengaja disebabkan ikatan ‘hood’ kepala yang terlerai.
“Tasha memang tidak perasan tetapi benda hendak terjadikan? Kita pun bukannya minta benda-benda macam ini terjadi tetapi bila sudah terjadi, harap-harap ia tidak akan berulang lagi.
“Tashah mohon maaf kepada peminat-peminat. Tasha rasa isu ini tidak perlu diperpanjangkan. Apa pun, Tasha minta maaf kepada mereka yang terasa tentang isu itu,” jelas Tasha.
Pereka baju Hazwani Osman pula berkata perkara ini berlaku di luar jangkaan.
“Memang dari dulu kalau Tasha jumpa dengan designer, Tasha akan lebih cerewet dan akan memberitahu apa yang beliau hendak dan tidak mahukan di dalam rekaan baju yang akan dipakai. Benda ini memang berlaku secara tidak sengaja dan diharap orang luar jangan berfikiran negatif dan isu ini tidak dipanjang-panjangkanlah,” kata Hazwani.
Tasha ditemui semasa majlis pelancaran kempen “I Love Malaysia Designers” di mana beliau dilantik sebagai duta.