Tarikh tayangan 'Wonder Woman 1984' ditunda ke 2020
Agensi
Oktober 23, 2018 11:06 MYT
Oktober 23, 2018 11:06 MYT
FILEM Wonder Woman 1984 sepatutnya ditayangkan pada 1 November 2019 telah ditunda.
Produksi terbitan DC itu sebaliknya bakal menemui peminat setia mereka pada 5 Jun 2020.
Pelakon utama filem tersebut, Gal Gadot telah berkongsi berita tersebut kepada peminat di seluruh dunia melalui akaun Twitter miliknya.
"Saya sangat teruja untuk mengumunkan bahawa kami berjaya untuk menetapkan tarikh tayangan Wonder Woman kepada 5 Jun 2020, pastikan anda berada di sana!" katanya di Twitter pada Isnin.
Filem sequel itu meletakkan Gal Gadot sekali lagi sebagai teraju utama dan juga penjahat baru iaitu The Cheetah yang akan dimainkan oleh Kristen Wiig.
Chris Pine juga akan kembali dengan wataknya Steve Rover, sementara sutradara Patty Jenkins kembali untuk mengarahkan filem sekuel Wonder Woman ini.
Penundaan filem Wonder Woman 1984 ini kepada 2020 adalah bertujuan untuk filem ini mempunyai slotnya sendiri dan tidak perlu bersaing dengan filem arahan Todd Phillips iaitu Joker yang akan ditayangkan pada 4 Oktober 2019.