Tangisan Fad Bocey undang sebak
Rahimah Abdullah
Februari 12, 2020 08:34 MYT
Februari 12, 2020 08:34 MYT
Walaupun tidak sempat menghadiri pengebumian rakan baiknya, Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam, salah seorang anggota Bocey, Fad tetap pulang ke tanahair.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jepun, pelawak itu terus bergegas ke kediaman Abam di Gombak untuk bertemu keluarga Allahyarham.
Sementara itu, suasana di kediaman itu bertukar pilu sejurus ketibaan Fad yang terus memeluk adik Abam, Ali Puteh.
Video yang mengundang sebak itu dikongsi rakan rapat mereka di laman instagram @pojie.pidon
Turut kelihatan, seorang lagi anggota Bocey, Achey.
#Abam
#Instagram
#Islam
#jenazah
#Jepun
#keluarga
#KLIA
#Kuala Lumpur
#meninggal dunia
#perginyaabam
#video