Tangisan dan pelukan anak-anak Datuk Fazley sentuh hati netizen

Gempak
Jun 3, 2017 14:55 MYT
Comel sungguh apabila ketiga-tiga beradik itu menangis hanya kerana terdengar abang mereka yang sulung Ahmad Fariedz Shah atau Payish akan menjalani "pembedahan". - Instagram Fazley Yaakob
KIRA-KIRA jam 10 malam semalam, penyanyi dan pelakon Datuk Fazley Yaakob telah memuat naik sebuah video tiga orang anak-anaknya berpelukan dan menangis teresak-esak.
Perkongsian Fazley telah mendapat perhatian netizen yang geli hati melihat gelagat comel anak-anak kepada pemilik restoran SukaSucre Bistro itu.
Comel sungguh apabila ketiga-tiga beradik itu menangis hanya kerana terdengar abang mereka yang sulung Ahmad Fariedz Shah atau Payish akan menjalani "pembedahan".
Lebih menggelikan hati apabila Fazley memuatnaik sebuah lagi video anak bongsunya, Piyush, berdoa sambil menangis kerana Payish akan mencabut gigi.
#anak #Fazley Yaakob #Instagram #video
;