Tanah runtuh: Kawasan rumah Sharifah Shahirah antara yang terjejas

Gempak
Oktober 15, 2024 14:50 MYT
Penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali Shiera turut berkongsi kejadian sama yang berlaku di kawasan perumahannya itu. -Gempak
SATU kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang susulan hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini.

Ringkasan AI
  • Kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang susulan hujan lebat sejak awal pagi.
  • Runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan, menyebabkan beberapa pokok tumbang dan kerosakan pada rumah serta kenderaan penduduk.
  • Penduduk, termasuk penyampai radio Sharifah Shahirah (Shiera), berkongsi video insiden di media sosial, menunjukkan kerosakan yang berlaku.
  • Shiera menyatakan kejadian berlaku berhampiran rumahnya dan berharap urusan dipermudahkan.

Menerusi video yang tular, kejadian menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan.
Malah, beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk akibat aliran air deras dari bukit.
Beberapa penduduk turut berkongsikan video insiden itu di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku.
Penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali Shiera turut berkongsi kejadian sama yang berlaku di kawasan perumahannya itu.
Next to our house Taman Melawati. Semoga dipermudahkan urusan.
"Anak-anak kawan kita duduk situ. Jadi depan mata kawan anak kita tadi ni. Pukul 9.40 pagi kita hantar anak pergi kolej lalu situ tadi,” kongsi Shiera.
Terdahulu beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar terhalang selepas dilanda banjir kilat pada pagi Selasa.
#tanah runtuh #Jalan E6 Taman Melawati #sharifah shahira #hujan lebat
;