Tan Sri DG dan AME 2020, apa cerita di sebaliknya?
Asyraf Roslan
Disember 19, 2020 21:00 MYT
Disember 19, 2020 21:00 MYT
PUTRAJAYA: Kurang daripada 24 jam, pentas Anugerah Meletop Era 2020 (AME) akan membuka tirainya secara rasmi.
Selepas beberapa bulan ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malam esok sangat bermakna bagi peminat industri hiburan tanah air untuk mengetahui siapa yang bakal bergelar Artis Top Top Meletop 2020.
Selain itu, AME juga akan menampilkan barisan artis yang hebat untuk membuat persembahan pada malam esok, antaranya Shiha Zikir, Aina Abdul, Andi Bernadee, Anuar Zain dan Misha Omar.
Tetapi bukan itu sahaja tarikan istimewa AME pada tahun ini, ia juga akan melibatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Tapi, apakah yang Dr Noor Hisham akan buat dalam AME 2020? Apa cerita di sebaliknya?
Kalau anda semua hendak tahu, saksikan AME yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse serta Zizan Razak pada jam 9 malam esok di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
AME 2020 juga boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.
#Anugerah Meletop Era
#AME 2020
#Tan Sri Dr Noor Hisham
#Nabil Ahmad
#Jihan Muse
#Zizan Razak
#Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
#PKP
#Putrajaya
#hiburan
#kesihatan
#Malaysia