'Tamatkan zaman bujang tu lambat lagi' - Aina Abdul nafi ada kekasih
Media Hiburan
September 14, 2023 16:30 MYT
September 14, 2023 16:30 MYT
PENYANYI popular Aina Abdul menolak dakwaan yang dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta.
Bagaimanapun menurut Aina, dia tidak pernah menyekat dirinya untuk mengenali mana-mana lelaki dengan lebih rapat.
“Mempunyai teman yang rapat tidaklah… namun saya tidak menyekat diri saya untuk bercinta.
“Lagipun, kebanyakan lagu-lagu saya diinspirasikan daripada hubungan peribadi, kan?
“Saya pun manusia biasa, jadi saya berkawan dengan semua. Namun untuk menamatkan zaman bujang tu lambat lagilah, tidak ke situ lagi,” katanya.
Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung pada Selasa di The StarHill, Kuala Lumpur.
Ditanya sama dia mempunyai lelaki pujaan hati (crush), penyanyi lagu Jangan Mati Rasa Itu mengakui dia sama juga seperti orang lain.
“Kita kan suka tengok benda yang cantik, benda yang handsome, benda yang lawa. Something pleasant to my eyes.
“Kadang kita suka melihat, tapi kita tahu kita ni bukan boleh beri 100 peratus komitmen dan kita tak nak kecewakan pasangan tu juga,” katanya lagi.
Terdahulu, tiket untuk menyaksikan A Night With Aina Abdul 3.0 akan mula dijual pada 15 September depan dengan harga bermula RM98 (Silver) hingga RM458 (MIP) di www.aina.abdul.my. -Media Hiburan