'Takkan Tak Tahu' Didi & Friends raih hampir 3 juta tontonan dalam masa seminggu
Asyraf Roslan
Julai 2, 2020 13:21 MYT
Julai 2, 2020 13:21 MYT
KALAU sebut mengenai Didi & Friends, kita mesti akan terfikirkan tentang lagunya yang sangat ceria dan menggembirakan.
Lebih-lebih lagi lagu yang berjudul Mengantuknya Mumia yang pernah tular tahun lepas sehingga mendapat 70 juta tontonan di saluran YouTube.
Terbaharu, animasi kanak-kanak itu hadir dengan sebuah lagu baharu berjudul Takkan Tak Tahu, duet bersama juara Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi.
Lagu Takkan Tak Tahu, bercerita mengenai pencemaran alam sekitar yang bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.
Lebih menarik lagi, lagu tersebut telah tular dan mendapat hampir 3 juta tontonan dilaman YouTube dalam masa seminggu dan Sarah Suhairi juga menjadi satu karakter animasi iaitu seekor anak kuda dalam muzik video tersebut.
Selain itu, lagu Takkan Tak Tahu turut dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris bertajuk Even I Know That dan diputarkan sebanyak 180 kali di saluran radio Hitz selama lapan hari.
Lagu dan lirik lagu ini telah ditulis oleh Mia Palencia yang pernah muncul sebagai penulis lagu serta penyanyi untuk pembukaan Sukan SEA 2017.
#2 Juta tontonan
#alam sekitar
#Didi & Friends
#Even i know that
#Sarah Suhairi
#Takkan Tak Tahu
#YouTube