Tak takut neraka ke? Tasha Shilla dikecam pakai seluar pendek paras punggung
Gempak
Disember 10, 2017 16:47 MYT
Disember 10, 2017 16:47 MYT
PELAKON Tasha Shilla dikecam netizen selepas memuat naik foto memakai seluar pendek sehingga menampakkan sebahagian punggungnya di akaun Instagram.
Selain punggung, foto itu juga menunjukkan baju berwarna hitam yang dipakai oleh Tasha turut mendedahkan separuh bahagian bahunya.
Rata-ratanya mengecam aksi berani Tasha yang dikatakan agak keterlaluan dan tidak melambangkan imej sebagai seorang Islam.
Netizen juga berpendapat foto seperti itu tidak patut didedahkan untuk tatapan umum kerana boleh mengundang pelbagai tanggapan kurang manis terhadap pelakon itu.
Ruangan komen foto tersebut juga semakin ‘panas’ apabila berlaku sedikit ‘pergaduhan’ antara netizen dan juga peminatnya.
Situasi itu juga menyebabkan ada peminat yang mencadangkan supaya Tasha menutup ruangan komen kerana tidak mahu perkara itu berlarutan.
Tasha bagaimanapun masih belum memberikan sebarang respon terhadap isu berkaitan foto berkenaan.