"Tak tahu nak tulis apa, taip, nangis, padam, ulang lagi..." - Misha Omar menangis saat...

Gempak
April 10, 2019 08:48 MYT
Rata-rata peminat yang hadir pada malam konsert tersebut merasai perasaan yang sama dengan Misha. - Foto Instagram
BILA kenangan pilu datang bersama apa yang dilakukan, pastinya air mata menitis di pipi. Apatah lagi kenangan itu sesuatu yang besar buat karier seseorang.
Mungkin itu yang dirasai oleh Misha Omar ketika menyanyikan lagu Bunga-Bunga Cinta pada malam terakhir konsert Soul Sisters yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.
"Tatau nak buh caption apa.. Type, nangis, delete, ulang lagi.
"Gambar ini dirakamkan oleh @nottynutty saat Kak Mitch selesai menyanyikan lagu ciptaan Allahyarham Dato Adnan Abu Hassan, Bunga- Bunga Cinta di malam finale Soul sisters concert," tulis Misha.
Rata-rata peminat yang hadir pada malam konsert tersebut merasai perasaan yang sama dengan Misha.
Pada ruangan komen di entri tersebut, Misha turut berkongsi berita bahawa dia bakal mengadakan konsert solonya pada bulan Ogos nanti. Namun, tarikh dan tempat masih belum diberitahu.
#Adnan Abu Hassan #Bunga-bunga Cinta #Instagram #Istana Budaya #konsert #Misha Omar #Soul Sisters
;