Tak sedar aksi romantis bersama Fazura dirakam, Fattah Amin mohon maaf
Gempak
Mei 28, 2018 21:32 MYT
Mei 28, 2018 21:32 MYT
PELAKON filem KL Special Force, Fattah Amin memohon maaf jika aksi romantisnya bersama isteri, Nur Fazura menyinggung perasaan mana-mana pihak.
"Sebenarnya, saya dan isteri tak sedar aksi kami dirakamkan oleh seorang rakan dan dimuat naik olehnya di laman sosial. Apabila video tersebut viral, ia berada di luar kawalan kami.
"Perkara sudah berlalu dan saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang rasa tersinggung dengan video terbabit. Saya harap ia tak akan berulang kembali," kata Fattah.
Menurut Fattah, dia sudah beberapa hari tidak berjumpa dengan isterinya kerana kesibukan kerja.
"Saya bertemu dengan isteri di sebuah restoran untuk berbuka puasa dan teruja bertemu dengannya kerana rindu.
"Sebagai pasangan yang sudah berkahwin, salam cium tangan itu perkara biasa dan saya juga ada mencium dahi serta memeluknya untuk menghilangkan rasa rindu.
"Selepas ini, saya akan jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan akan lebih berhati-hati," katanya lagi.- Sumber: mStar