Tak sangka Ramadan tahun lepas kali terakhir saya cium tangan abang - Nora
Gempak
Mei 28, 2017 13:45 MYT
Mei 28, 2017 13:45 MYT
MENYAMBUT kedatangan bulan Ramadan tanpa kehadiran suami tercinta, Johan Nawawi, pertama kalinya sukar bagi penyanyi Nora Ariffin.
Berkongsi luahan hatinya di laman Instagram miliknya, pelantun lagu "Hanya Satu" itu berkata dia mencuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata terutama di hadapan anak bongsunya, Putri Nur Fatehah, 5.
"Selamat menyambut Ramadan. Saya sedang mencuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata. Hanya Allah yang tahu. Ketika tarawih, tiba-tiba Putri meluahkan rindu terhadap arwah papanya.
"Berdoalah sayang, semoga kita bertemu papa di jannah nanti, insya-Allah. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami sekeluarga," luah Nora.