"Tak sangka gambar diambil bersama Khalid Salleh foto terakhir kami" - Aishah

Gempak
Julai 24, 2018 11:41 MYT
Aishah antara yang hadir semasa pengebumian Khalid di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, pada Isnin. Foto Instagram Aishah
PENYANYI Aishah mengakui tidak menyangka lawatannya menziarahi aktor dan aktivis teater Khalid Salleh pada Syawal pertama lalu merupakan gambar terakhirnya bersama dengan Allahyarham.
Menerusi entri di Instagram, Aishah mengakui terkejut dengan pemergian Allahyarham dan menganggap Khalid sebagai abangnya.
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Menggigil kepala lutut mendapat berita pemergian 'Wak' Khalid Salleh sebentar tadi.
"Ya Allah ampunilah dosa-dosanya, luaskanlah kuburnya, letakkanlah rohnya bersama orang-orang yang soleh.
"Dialah pemikir, seniman, penulis, aktor yang disegani dan lebih penting seperti abang sendiri.
"Tak sangka gambar yang diambil bersama gambar terakhir kami bersama pada hari raya pertama. Al Fatihah," tulisnya.
Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Ampang Puteri dekat sini kira-kira pukul 3.20 petang pada usia 70 tahun.
BACA: Khalid Salleh selamat dikebumikan
Anak Allahyarham, Israr Khalid memberitahu bapanya mengalami kesukaran bernafas sejak dua hari lalu dan arwah dikejarkan ke hospital pagi Isnin sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
#Aishah #Hospital #Instagram #Khalid Salleh #lawat #meninggal dunia #pelakon #penyanyi #sukar bernafas
;