Tak sanggup dengar pendedahan 'berani mati' bapa mencabul, anak Michael Jackson kini bersembunyi

Agensi
Januari 28, 2019 08:05 MYT
Dipercayai, Paris yang berusia 20 tahun itu mengalami kemurungan teruk susulan paparan dokumentari yang mendakwa ayahnya telah mencabul dua kanak-kanak lelaki yang juga penari. - Foto Reuters
Anak mendiang Raja Pop Michael Jackson, Paris Jackson dilaporkan sedang menyembunyikan diri di sebuah lokasi yang tidak didedahkan selepas dikatakan tertekan susulan pendedahan ‘berani mati’ dalam dokumentari Leaving Neverland yang ditayangkan di Festival Filem Sundance di Utah Amerika Syarikat pada Jumaat.
Dipercayai, Paris yang berusia 20 tahun itu mengalami ‘kemurungan teruk’ susulan paparan dokumentari itu yang mendakwa ayahnya telah mencabul dua kanak-kanak lelaki yang juga penari.
Menurut laporan agensi berita The Express UK, rakan rapat kepada Paris mengesahkan selebriti dan model itu kini ‘bersembunyi’ di satu lokasi namun menafikan laporan awal yang mengatakan kononnya Paris telah dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan.
BACA: Lelaki ini dakwa dicabul Michael Jackson hingga Raja Pop itu hilang 'selera'
Lebih menjelekkan apabila dokumentari ditayangkan pada ketika ulang tahun kesepuluh pemergian Michael yang meninggal dunia pada 2009.
Dokumentari Leaving Neverland antara lain memaparkan dakwaan seorang pereka tari lelaki, Wade Robson yang pernah tinggal bersama Michael Jackson semasa zaman kanak-kanaknya.
Dia mendakwa dia pernah dicabul termasuk diliwat Raja Pop itu.
Robson mendedahkan secara terperinci tindakan seksual Jackson terhadapnya sejak dia berumur tujuh tahun sehinggalah dia mencecah akil baligh.
Paris pada awal bulan ini menerusi laman Instagramnya mendakwa pihak media telah melampaui batasan ketika melaporkan mengenai dakwaan salah laku keatas mendiang bapanya yang pernah didapati tidak bersalah di mahkamah sebelum ini.
Paris juga ketika itu mengesahkan dia sihat-sihat sahaja.
#dokumentari #filem #Finding Neverland #Kemurungan #Michael Jackson #Paris Jackson
;