Tak sampai 24 jam, treler filem baru SRK dan Kajol cecah 1 juta tontonan

Madiha Abdullah
November 10, 2015 05:46 MYT
Plot dan sinopsis Dilwale setakat ini masih dirahsiakan.
TRELER filem terbaharu yang menggandingkan Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol, Dilwale, mencatatkan rekod tersendiri apabila mencecah tontonan lebih sejuta tidak sampai 24 jam dikeluarkan.
Treler berkenaan dilancarkan di laman YouTube Red Chillies Entertainment pada Isnin dan sehingga kini sudah mencatat hampir 1.3 juta tontonan.
Ramai yang sudah mula tidak sabar menyaksikan gandingan terbaharu kedua-dua pelakon ini, yang kali terakhir 'disatukan' pada tahun 2010 menerusi filem My Name is Khan.
BACA: Gara-gara Shah Rukh Khan, Ajay Devgan jadi suri rumah Kajol
BACA: Foto turun dari pesawat, Shah Rukh Khan tidak henti berzikir
VIDEO: Shah Rukh khan terima anugerah doktor kehormat
Plot dan sinopis Dilwale setakat ini masih dirahsiakan, namun ia disifatkan sebagai sebuah filem aksi komedi romantik.
Filem ini turut menampilkan pelakon Varun Dhawan dan Kriti Sanon.
Digelar sebagai pasangan paling serasi di Bollywood, filem ini akan menjadi gandingan ketujuh SRK dan Kajol.
Dilwale bakal menemui penonton 18 Disember ini.
Treler filem Dilwale. Kredit YouTube Red Chillies Entertainment.
#Bollywood #Dilwale #Kajol #Shah Rukh Khan