“PEMBERIAN hadiah itu salah satu tanda sayang sahaja,” kata aktor Zul Ariffin selepas diminta mengulas mengenai kereta jenis Range Rover yang dihadiahkan kepada penerbit Gayatri Su-Lin baru-baru ini.
Zul juga dalam masa yang sama tidak menafikan Gayatri adalah insan istimewa bagi dirinya dan sudah menganggapnya sebagai keluarga.
“Saya sudah anggap dia macam keluarga sendiri. Gayatri memang istimewa bagi saya. Kami sudah lebih 10 tahun mengenali antara satu sama lain,” katanya lagi.
Zul ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, semalam.
Mengulas mengenai hadiah berkenaan, Zul memberitahu dia sudah lama merancang untuk memberikan hadiah kesukaan penerbit itu.
“Saya dah tahu dia suka kereta itu. Tidak ada sempena apa pun. Saya memang nak beri hadiah kepadanya.
“Saya rasa kereta itu sesuai dengannya.Tak salah pun sesekali beri hadiah istimewa. Bukan selalu pun.
“Saya tunggu hadiah apa untuk saya pula. Sedangkan hadiah untuk diri sendiri pun masih tertangguh,” katanya berseloroh.
Sementara itu, mengenai perkembangan lain Zul memberitahu dia bakal berangkat ke Udine, Itali pada 26 April ini untuk menghadiri Udine Far East Film Festival 2022.
“Filem saya bersama Khabir Bhatia bertajuk Talbis Iblis akan bertanding di sana. Balik ke Malaysia pun dah hampir nak raya. Silap-silap saya mungkin beraya di sana (Itali),” ceritanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI GEMPAK
Gempak
Sat Apr 23 2022

Zul memberitahu dia sudah lama merancang untuk memberikan hadiah kesukaan penerbit itu.- Foto Gempak
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Atas permintaan ramai, filem Don Dukun kini boleh ditonton di Astro First & Sooka
Pelanggan Astro kini boleh menikmati filem Don Dukun bersama keluarga beramai di rumah dan di mana dengan hanya harga RM16.20 manakala di Sooka RM19.50.

Don Dukun kutip RM2.1 juta selepas tiga hari tayangan!
Filem seram komedi Don Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.1 juta selepas tiga hari tayangannya di pawagam.

Don Dukun kutip RM1 juta hari pertama tayangan
Filem Don Dukun membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan sebanyak RM1 juta selepas sehari ditayang.

MIFFest 2024: Zul Ariffin antara juri, penghargaan buat Hirokazu Kore-eda dan Christine Hakim
MIFFest mengumumkan barisan programnya untuk edisi ke-7 yang bakal berlangsung dari 21-28 Julai 2024.

Sheriff: 'Watak dia sebenarnya tak kelakar' - Syafiq Yusof dedah sisi lain Zul Ariffin
Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.

Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.

Kumpul RM11.4 juta selepas 3 hari ditayangkan, Zul Ariffin kongsi cabaran shooting filem Sheriff
Kumpul RM11.4 Juta Selepas 3 Hari Ditayangkan, Zul Ariffin Kongsi Cabaran Shooting Filem Sheriff

Sheriff: Selepas tiga hari, filem arahan Syafiq Yusof raih RM11.4 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti meraih kutipan sebanyak RM11.4 juta dalam tiga hari tayangan dengan satu hari tayangan awal.

Sheriff: Tayangan awal raih lebih RM1 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal pada 17 April di pawagam.

'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.