'Tak rosakkan lagu orang tak sah' - As'ad Motawh dikecam
Gempak
Mei 15, 2018 14:22 MYT
Mei 15, 2018 14:22 MYT
SELEPAS tular gara-gara salah pitching lagu Asal Kau Bahagia (Armada Band) dan terjatuh di pertunjukan fesyen ketika menari Alien Dance, penyanyi As'ad Motawh mencuri perhatian dengan nyanyian sumbang lagu Kopi Dangdut.
As'ad diminta secara spontan menyanyikan lagu popular dari republik Indonesia itu ketika dijemput menghadiri sebuah rancangan televisyen yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad.
Selain As'ad, penyanyi Nabila Razali dan Aiman Tino turut diminta menyanyikan lagu sama berbekalkan lirik yang diberikan.
Namun, As'ad gagal menyanyikan lagu itu dengan baik dan hingga mendapat kecaman netizen.
"As'ad ni kalau tak rosakkan lagu orang tak sah," tulis salah seorang pengguna di YouTube.
Bagaimanapun, masih ada segelintir netizen yang menyifatkan reaksi spontan itu comel dan melucukan.
"Cute-lah As'ad Motawh," puji salah seorang pengguna.
"As'as jenis orang yang cool. Nabila jenis macam yang manja, kalau Aiman pula jenis orang macam kartun," tulis pengguna lain.
Lagu Kopi Dangdut dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Inul Daratista sekitar 2004 dan sering dinyanyikan semula oleh ramai artis termasuk di Malaysia.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber; YouTube
#Aiman Tino
#As'ad Motawh
#Indonesia
#Inul Daratista
#Kopi Dangdut
#Nabila Razali
#Sherry Al Hadad
#YouTube