Tak rela berpisah... Pelakon Mutiara Hati goreng dan makan 28 ekor ikan peliharaan
Gempak
Ogos 10, 2019 13:16 MYT
Ogos 10, 2019 13:16 MYT
Pelakon yang pernah popular dengan sinetron Mutiara Hati, Lucky Hakim mengalami kerugian sekitar RM5,800 apabila 28 ekor peliharaannya mati akibat bekalan elektrik terputus.
Mengakui bersedih atas kejadian itu, Lucky yang enggan berpisah dengan haiwan peliharaannya itu nekad untuk menggoreng dan memakan kesemua ikan tersebut.
"Tiba-tiba bekalan elektrik terputus dalam tempoh yang lama dan banyak hal terjadi. Selain masalah komunikasi, ikan-ikan dalam akuarium saya juga mati.
"Jadi, bagaimanakah nasibnya? Saya goreng sahaja ikan-ikan ini sebab masih kecil. Tak boleh dibakar.
"Setidak-tidaknya ikan-ikan itu akan bersama-sama dengan saya," katanya.
Lucky membela kesemua ikan jenis Giant Trevally itu sejak setahun lalu.
Dalam video sama yang dimuat naik di YouTube, Lucky turut menayangkan semula video kenangan ketika ikan-ikannya masih hidup.
"Bukan kerana aku kejam tetapi kerana sayangkan kalian, supaya kita menyatu selamanya," tambah Lucky.
Sumber: Suara.com
#Giant Trevally
#ikan digoreng
#ikan peliharaan mati
#Lucky Hakim
#mati
#Mutiara Hati
#video
#YouTube