'Tak pernah rasa sakit macam ni' - Kandungan kedua Ain Edruce gugur
Media Hiburan
April 22, 2024 15:00 MYT
April 22, 2024 15:00 MYT
HASRAT pelakon dan pengacara, Ain Edruce untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian selepas dia dilapor mengalami keguguran.
Khabar tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ain menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menurut Ain, dia mengalami keguguran disebabkan berlakunya pendarahan dan rasa sakit yang agak teruk di bahagian perutnya saat itu.
“Simpan sini buat kenangan. Betul la orang cakap, sakit gugur tu lagi sakit dari bersalin. Waktu ini, saya pendarahan tanpa henti dari rumah ke unit kecemasan.
“Tak pernah saya rasa sakit macam ni dalam hidup. Ubat tahan sakit paling kuat pun tak mampu lawan betapa sakitnya perut aku waktu ini,” tulisnya.
Menerusi video tersebut juga, pengacara program Melodi ini turut berkongsi momen-momen gembira sewaktu diawal kehamilan sehinggalah ketika dikejarkan ke hospital.
Sementara itu, Ain akui sebak apabila anak sulungnya juga faham dengan situasi yang sedang dilalui oleh ibunya itu.
“Time ini aku bagitahu Soraya ‘No more baby adik’. Kami dua-dua nangis. Soraya cakap dekat aku ‘Tak mengapa, nanti Allah bagi adik baharu’,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa sedih selain turut menitipkan kata-kata semangat Ain dan suami.
“Ain jangan sedih okey. Kita cuba lagi,” komen rakan artis, Janna Nick.
“Semoga terus kuat Ain. Insya-Allah ada rezeki lagi. Riena doakan,” komen pelakon Riena Diana.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah Ain, Mirul dan Soraya.
"Insya-Allah semoga ditiupkan roh malaikat kecil baharu dalam rahim kau. Aku kirim peluk dan doa,” kata pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad.
“Allah maha mengetahui. Be strong my love. Kami sama-sama doakan,” balas pelakon Nora Danish.
Sekadar informasi, Ain dan suaminya, Amirul Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberikan nama Soraya. -Media Hiburan