Tak perlu pertikai, hak ibu bapa untuk kongsi wajah anak - Siti Nurhaliza

Gempak
Mei 22, 2022 09:15 MYT
Siti Nurhaliza berpendapat setiap ibu bapa mempunyai hak sama ada hendak berkongsi wajah anak mereka kepada umum atau tidak. -Gempak
PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpendapat setiap ibu bapa mempunyai hak sama ada hendak berkongsi wajah anak mereka kepada umum atau tidak.
Kata Siti Nurhaliza, apa jua pun keputusan yang dilakukan pasti hanya mahu yang terbaik buat anak-anak mereka.
“Kalau boleh saya tak mahu mengulas isu ini. Tapi bagi saya, itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing.
“Saya yakin setiap individu tentunya ada alasan mereka yang tersendiri.
"Semua orang ada pilihan,” katanya kepada Astro Gempak yang ditemui ketika Rumah Terbuka Universal Music Malaysia, pada Sabtu.
Siti Nurhaliza diminta mengulas mengenai segelintir selebriti yang membuat keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak mereka kepada umum.
Tambah pelantun lagu "Lip Lap Raya" itu, sebagai orang luar sepatutnya tidak perlu mempertikaikan keputusan atau hak orang lain.
"Setiap orang ada pilihan. Saya pun ada pilihan saya dan saya hormat pilihan masing-masing,"
"Setiap daripada kita tahu apa yang terbaik dan sebab apa sesuatu tindakan itu perlu dibuat. Jadi, tak payah dipertikaikan," katanya lagi.
*Artikel asal di Gempak
#Siti Nurhaliza #kongsi wajah anak #ibu bapa mempunyai hak #hormat pilihan masing-masing
;