Tak perlu pembantu, Amyra Rosli lebih selesa jaga anak sendiri
Gempak
Disember 19, 2017 12:08 MYT
Disember 19, 2017 12:08 MYT
PELAKON Amyra Rosli akui berat hati untuk menyerahkan anaknya, Aqeef Anaqi yang baru berusia dua bulan bawah jagaan orang lain.
Menurut Amyra, dia sanggup menjaga anak kesayangannya secara bergilir-gilir bersama suaminya aktor Amar Baharin.
“Bila dah bergelar ibu baru kita faham apa yang ibu-ibu di luar sana rasa.
“Memang saya akui sukar percaya kepada orang lain untuk menjaga anak sebab itu saya tidak ambil pembantu.
“Lagipun kami juga ada mendengar bermacam-macam cerita yang membabitkan anak kecil dan juga pembantu.
“Itu yang membuatkan saya rasa sedikit was-was,” katanya.
Amyra dan Amar ditemui selepas majlis akikah Aqeef Anaqi pada Sabtu.
Dalam pada itu, Amyra memberitahu Aqeef akan dijaga oleh ibunya selepas dia memasuki set penggambaran untuk sebuah drama pada Februari depan.
“Zaman sekarang untuk mencari orang yang boleh menjaga bayi dengan baik agak sukar.
“Jadi untuk sementara waktu Aqeef akan dijaga oleh ibu selepas saya mulakan penggambaran tidak lama lagi.
“Kalau kami ambil pembantu pun tugasnya hanya membantu ibu saya menguruskan Aqeef,” jelasnya.
Foto: Instagram @aamyrarosli
Teks oleh: Mya Amri