Tak payah acah-acah malaikat! - Aliff Syukri

Khairunnisa Kasnoon
Disember 27, 2017 07:29 MYT
Aliff turut mempersoalkan tuduhan sesetengah pihak yang menyatakan dia seorang yang riak. - Gambar Instagram @aliffsyukriterlajaklaris
"SEOLAH-OLAH akulah orang paling jahat dalam Malaysia!"
Demikian luahan ketidakpuasan hati jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri terhadap kritikan dan kecaman negatif sesetengah pihak di atas tindak-tanduk yang dilakukan.
Dalam ‘live Facebooknya’, Aliff menjelaskan dia hanya menjadi diri sendiri dan tidak berpura-pura.
Dia menyifatkan mereka yang mengutuk, mengeji dan menghinanya, tiada beza malah lebih teruk dari diri beliau.
BACA: Bukan suara Edry, bukan suara mesin, itu suara saya - Aliff Syukri
BACA: 'Berhenti popularkan golongan yang permainkan agama' - Kakak Aliff Syukri
BACA: Saya tiada hubungan dengan Sajat, Aliff Syukri jawab tuduhan liar
"Yang berangan malaikat tetapi sebenarnya kau pun syaitan juga, sebab mereka ni acah-acah ustazah, jadi orang yang mengutuk dan menghina, lebih kurang atau lebih teruk dari saya," katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut mempersoalkan tuduhan sesetengah pihak yang menyatakan dia seorang yang riak.
"Sebenarnya ramai cakap saya riak, tetapi lagi ramai (di luar) yang riak dan menunjuk namun, orang nampak saya sahaja (yang riak)... seolah-olah aku lah yang paling jahat dalam Malaysia!.
"Apa yang saya buat orang rasa saya riak. Jika saya makan tepi jalan saya kongsi, melancong saya kongsi, beli-belah di Louis Vuitton (LV) juga saya kongsi. Jadi apa masalah mereka?," ujarnya.
Aliff juga mengakui tidak mempunyai rakan dan kawan memandangkan dia lebih memberikan fokus kepada kerjaya.
Selain itu, penyanyi ‘Abang nak tegur’ itu juga memberitahu, masyarakat sering menyalahtafsirkan setiap tingkah laku hingga menyebabkan dia hilang sabar.
"Sebelum saya popular, saya suka kongsi apa yang saya buat. Malah semasa zaman sosial media Friendster dan MySpace, orang turut mempunyai persepsi negatif kepadanya," katanya.
Aliff turut meninggalkan pesanan kepada individu yang ingin menegurnya boleh melakukan perkara itu secara peribadi.
Beliau turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang berasa kurang senang terhadap tingkah laku dan perbuatannya selain mendoakan kebahagian individu yang menghina serta mengejinya.
"Saya tidak mampu memuaskan hati semua orang. Selagi saya tidak makan duit orang, merompak dan mencuri, saya tidak kacau hidup orang," ujarnya.
#Aliff Syukri #D'Herbs #Datuk Aliff Syukri #Facebook #jutawan kosmetik #viral
;