Tak mampu cari saya... jangan dibunuh, dibuang - Abby Abadi
Ogos 12, 2018 11:03 MYT
Di perkongsian yang sama juga Abby berkata, bagi mereka yang mahu mengambil anak angkat jangan ditanya tentang asal usul mereka.
Ini kerana jelas Abby, ibu bapa angkat itulah yang akan mencorakkan masa depan mereka kelak.
"Satu lagi, untuk anak-anak yang dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka. 1001 mcm masalah dlm dunia ni.. tak tertulis kat sini.
"Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ni beragama, kenal ALLAH atau sebaliknya.. Wallahuallam," tulisnya.
Abby turut mempunyai tiga anak kandung iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim.
Selain itu, Abby juga kini mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan dan FayyadhMaisara Dayana Fathia.