"Tak ada scene bunuh diri ke?" - Fathia Latiff suruh Iqram Dinzly bunuh diri?
Gempak
Januari 16, 2018 19:37 MYT
Januari 16, 2018 19:37 MYT
PELAKON Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia meninggalkan beberapa komen ketika Iqram Dinzly sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram miliknya.
Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.
Komen yang ditinggalkan oleh Fathia itu sedang tular di laman sosial dan menjadi bualan hangat netizen.
Tidak dapat dipastikan sama ada komen yang ditinggalkan oleh Fathia kepada Iqram berunsur gurauan atau serius.
Netizen berpendapat Fathia tidak sepatutnya meninggalkan komen sedemikian kepada Iqram biarpun niatnya hanya sekadar bergurau.
Nama Fathia dan Iqram menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.