Tahun 2009 saya tak tahu Alif Ba Ta, hanya hafal al-Fatihah, tiga Qul - Mizz Nina
Gempak
Januari 20, 2019 02:00 MYT
Januari 20, 2019 02:00 MYT
SELEBRITI dan juga isteri kepada penyanyi Noh Salleh, Mizz Nina menyentuh hati netizen melalui perkongsian perubahan hidupnya sejak 10 tahun lepas.
Kata Nina, pada tahun 2009 dia tidak mengenali (huruf) Alif Ba Ta dan hanya menghafal surah Al-Fatihah dan tiga Qul.
"2009, saya masih tak tahu Alif Ba Ta, hanya menghafal surah Al-Fatihah dan tiga Qul. Saya mula belajar pada usia 33 tahun.
"Tak pernah terbayangkan, saya berubah luaran dan dalaman, Allah menunjukkan jalan untuk saya mempraktikkan Islam.
"Kini, saya mengikuti diploma Ta'leem Al-Quran, berdakwah dan memberikan ceramah," tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.
Perkongsian Nina itu sempena menyahut cabaran #10yearchallenge yang sedang tular di media sosial sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, Nina tidak memuat naik semula fotonya yang tidak berhijab ketika tahun 2009.
"Pada tahun 2009, saya berusia 29 tahun, solo dan fokus pada kerjaya saya.
"Saya sudah berputus asa untuk mencari pasangan hidup tetapi pada hujung tahun itu saya dipertemukan dengan suami saya," tambahnya.