Tahukah anda berapa kali angkasawan negara kita ambil gambar di angkasa lepas?

Gempak
Jun 29, 2018 21:48 MYT
Dr Sheikh Muszaphar hanya mengambil lima keping gambar ketika misi ke angkasa lepas tetapi Dr Halina mengambil 23 keping gambar di dalam tandas! Foto IG @drhalina
MUNGKIN anda tertanya-tanya berapa banyak gambar yang diambil Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika menjalani misi ke angkasa lepas pada tahun 2007.
Jawapannya, beliau hanya mengambil lima keping gambar!
Mungkin ia bukanlah perkara wajib yang dilakukan beliau ketika berada di dalam kapal angkasa, Soyuz TMA-11 menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Perkara itu didedahkan isteri beliau, Datin Dr Halina Mohd Yunos menerusi akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, lain pula ceritanya kisah Dr Halina yang mengambil gambar sebanyak 23 keping tapi di dalam tandas.

Perbuatan wanita mengambil gambar dalam tandas bukan perkara pelik kerana ramai golongan ini gemar melakukan aksi yang sama kerana faktor cermin yang besar.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
#Angkasa #angkasawan #bulan #Gambar #Halina Mohd Yunos #ISS #kapal angkasa #Sheikh Muszaphar Shukor #Soyuz #tandas