Tahniah Ozlyn! Hamil anak kelima
Gempak
Disember 26, 2017 20:22 MYT
Disember 26, 2017 20:22 MYT
Pelakon Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan, mengesahkan sedang hamil anak kelima.
Ozlynn ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu mula menyedari perubahan berlaku pada dirinya sejak menyertai pertandingan realiti Super Spontan Superstar (SSS) 2017.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T. dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.
“Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018,” katanya.
Ketika ditanya adakah dia tahu mengenai berita kehamilannya yang di keluarkan di sebuah portal gossip sebelum ini, Ozlyn memberitahu, maklum mengenai perkara tersebut.
“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi.
“Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil,” ujarnya.
Ketika dihubungi Astro Gempak, Ozlyn sedang dalam persiapan untuk bercuti bersama keluarganya di Jepun.
“Yang sebetulnya saya pergi bekerja di sana, tetapi alang-alang saya bawa anak-anak sekali.
“Nak cari hari bercuti agak sukar kerana sibuk dengan penggambaran, jadi saya ‘curi masa’ sikit,” katanya teruja.
#Allah
#anak
#Astro Gempak
#hamil
#hiburan
#johan
#karier
#keluarga
#Ozlynn
#Portal
#radio
#selebriti
#Super Spontan Superstar 2017