Tahniah! Kaka Azraff umum hamil 4 bulan
Gempak
Mei 14, 2019 06:12 MYT
Mei 14, 2019 06:12 MYT
PENYANYI Kaka Azraff mengumumkan dia sedang hamil empat bulan.
Menurut Kaka, dia bersedia untuk berkongsi selepas yakin kandungannya dalam keadaan baik.
"Saya menyedari hamil selepas hampir pengsan ketika sedang memasak.
"Sepupu saya mencadangkan supaya membuat ujian kehamilan dan keputusannya adalah positif.
"Saya sangat terkejut dan tidak sangka akan hamil.
"Pada masa yang sama, saya juga sangat bersyukur dengan anugerah ini," katanya kepada Gempak.
Kaka ditemui ketika majlis berbuka puasa yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff dia tidak mengalami sebarang alahan.
"Melepasi semester pertama, saya tidak mengalami sebarang alahan.
"Saya ternanti juga perasaan dan pengalaman semasa alahan," katanya lagi.
Kaka dan Adam Azriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember selepas majlis merisik yang diadakan pada 27 November lalu.