Tahniah! Elfira Loy selamat melahirkan anak sulung
Asyraf Roslan
Oktober 1, 2019 19:39 MYT
Oktober 1, 2019 19:39 MYT
Elfira selamat melahirkan anak sulungnya di Andorra Women & Children Hospital, pada Selasa - Gambar Instagram Elfira Loy
TAHNIAH!
Pelakon, Elfira Loy kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi sulungnya hari ini.
Pelakon yang popular dengan drama Tentang Bulan itu berkongsikan berita gembira tersebut di laman Instagramnya.
Elfira selamat melahirkan anak sulungnya di Andorra Women and Children Hospital di Seri Kembangan.
Elfira Loy, 25, selamat diijabkabulkan dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup.