Tahap oksigen menurun, Siti Sarah masuk hospital

Astro Awani
Ogos 5, 2021 12:58 MYT
Siti Sarah Raisuddin yang sedang mengandung tujuh bulan dimasukkan ke HCTM selepas mengalami masalah tahap oksigen menurun pada petang Khamis. - Gambar Instagram @sitisarahraisuddin
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 36, yang sedang mengandung tujuh bulan dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) selepas mengalami masalah tahap oksigen menurun pada petang Rabu.
Suaminya, yang juga pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu memuat naik video Siti Sarah sedang dipeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital di laman Instagram.
"Doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan," kata Shuib.
BACA: Siti Sarah, Shuib sekeluarga positif COVID-19
Dalam pada itu, Siti Sarah mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya dan anak dalam kandungan.
Siti Sarah sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin pada Rabu selepas dia dan keluarga disahkan positif COVID-19 pada 25 Julai lalu.
#COVID-19 #Instagram #Malaysia #usahawan #video #Siti Sarah Raisuddin #Shuib Sepahtu #Hospital #masalah oksigen
;