Taeyang dan Min Hyo Ryin bakal berkahwin pada Februari
Agensi
Disember 18, 2017 17:57 MYT
Disember 18, 2017 17:57 MYT
PASANGAN selebriti K-Pop yang menjadi kegilaan ramai bakal melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi!
Penyanyi kumpulan Big Bang, Taeyang dan pelakon Min Hyo Ryin bakal mendirikan rumah tangga pada Februari 2018.
Taeyang berkongsi berita gembira tersebut dengan peminatnya menerusi laman media sosial, Instagram pada Isnin.
"Walaupun dalam masa susah dan senang, dia yang ada bersama saya. Saya ingin hidup bersama dengan Min Hyo Rin," luahnya.
Memetik laporan Allkpop, wakil agensi kedua-dua mereka mengesahkan perkara tersebut.
“Berita mengenai mereka bakal berkahwin adalah benar. Tarikh perkahwinan mereka masih belum ditentukan lagi.
“Namun, mereka sedang melakukan persiapan perkahwinan. Majlis bakal diadakan secara kecil-kecilan pada Februari tahun hadapan,” kata wakil agensi Min Hyo RIn.
Taeyang dan Min Hyo-rin mengaku bercinta pada tahun 2015 setelah berkenalan pada tahun 2013 ketika menjalani rakaman video muzik bersama.