Syyy! Jangan bising, nanti dia datang ...

Agensi
April 3, 2018 04:57 MYT
A Quiet Place membawa penonton merasai bagaimana berdepan ketakutan dalam keadaan senyap - Foto imdb
APA perasaan anda apabila terpaksa menahan jeritan sedangkan anda berada dalam ketakutan yang teramat sangat. Apatah lagi makhluk yang anda takuti itu betul-betul di depan mata
Pengalaman ini akan dapat anda ikuti menerusi filem thriller terbaharu terbitan Paramount Pictures “A Quiet Place”.
Filem arahan John Krasinki mengisahkan empat sekeluarga yang perlu meneruskan hidup dalam keadaan senyap. Jika tidak mereka mungkin jadi santapan makhluk misteri.
Makhluk berkenaan akan bertindak sekiranya mendengar bunyi, dan telah mengakibatkan populasi manusia semakin berkurang.
Filem terbitan Michael Bay, Andrew Form dan Brad Fuller ini menampilkan Emily Blunt, Noah Jupe dan Milicent Simmonds sebagai teraju utama.
“A Quiet Place” akan menghantui pawagam di Amerika Syarikat pada Jumaat ini.
#a quiet place #andrew form #brad fuller #filem #makan #makhluk #mati #Michael Bay #senyap