Syatilla Melvin positif COVID-19: "Sedang sarat mengandung, Allah uji ..."
Gempak
Februari 26, 2022 12:56 MYT
Februari 26, 2022 12:56 MYT
PELAKON Syatilla Melvin memaklumkan dirinya dijangkiti COVID-19.
Reda dengan dugaan yang diberikan, Syatilla yang kini sarat hamil berharap diberikan kesembuhan secepat mungkin.
“InsyaAllah, doakan Tilla sembuh dengan segala kebaikan yang ada. Tengah sarat Allah uji,” coretnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Dalam pada itu menerusi pautan terbaharu di ruangan IG Story, Syatilla menyarankan orang ramai untuk membeli kit ujian kendiri yang mempunyai calitan hidung.
“Jangan sesekali percaya atau beli yang saliva test lagi. Bahaya keputusan tak tepat,” tulisnya.
Difahamkan, kedua-dua anak Syatilla iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy dijaga oleh suaminya, Shaheizy Sam.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro GEMPAK